Muhammad Darwisy Muqri Mohd. Fazli 8 disahkan mengalami masalah jantung sejak lahir masih belum boleh berjalan dan bertutur memerlukan RM60 , 000 bagi kos pembedahan bersama ibunya Wan Nur Mustiqah Wan Othman, 24 yang tinggal di Kampung Barokhas,Kuala Nerang di sini hari ini . utusan/ismail kamadin
Wan Nur Mustiqah Wan Othman, 24, berkata, anak tunggalnya, Muhammad Darwisy Muqri Mohd. Fazli dijadualkan menjalani pembedahan kali ke­dua bagi membuka saluran darah pada organ itu Khamis ini di Hospital Pulau Pinang.
“Dia juga masih perlu menjalani satu lagi pembedahan dengan kos RM60,000 di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang. Saya benar-benar buntu mencari wang untuk menampung pembedahan anak tunggal kami itu.
“Pada masa sama, tahap kesihatan anak saya semakin merosot selepas badannya membengkak disebabkan penyakit jantungnya itu selain masalah paru-paru berair sehingga terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selama lima hari pada 22 Jun lalu.
“Disebabkan itu, Muhammad Darwisy Muqri hanya mahu didukung dan jika diletakkan di bawah, dia tidak lagi mahu mengesot kerana keadaannya yang lemah dan sering sesak nafas selain seluruh badannya termasuk bibir dan kuku bertukar kebiruan,” katanya di sini hari ini.
Suri rumah itu berkata, suaminya, Mohd. Fazli Azizan, 33, yang menyara keluarga dengan mengambil upah menoreh getah.

Bagi yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Wan Nur Mustiqah di talian 017-5589593.