By sallehudin Sunday, 31 July 2016 Kisah kehidupan ::: Kasih Ayah ::: Hari ini mengambil peluang makan malam bersama isteri tercinta di luar. Sedang dalam perjalanan pulang pandangan ini disapa dengan jualan durian di tepi jalan utama. ...Sapaan mata yang mengundang gamit lemak manis durian menyebabkan kami berhenti ingin membeli dan menikmati....Sedang kami membelek, seorang Pakcik yang baru selesai memilih menyambut seplastik durian dari Si Penjual. Agak besar plastiknya mungkin memuatkan sekitar 3 hingga 4 biji durian. Selesai melabuhkan plastik di bahagian meletak barang motor tiga rodanya (Pakcik ialah seorang OKU yang mengalami kecacatan pada kaki) duit dikeluarkan dari poketnya lalu terus diserahkan pada Si Penjual....Selesai mengira duit yang diterima, Si Penjual seolah terpinga dan berbisik, "Tak cukup lagi ni Pakcik, lagi sebelas ringgit." Bisikan yang lembut seolah tempikan ke telinga Pakcik. Matanya tenggelam kelam....Tinjauan aku ke plastik durian tadi menampakkan beberapa botol air berkarbonat yang masih baharu di sebelahnya. Dari pemakaian dan gayanya Aku percaya ini mungkin kali pertama setelah beberapa bulan mungkin tahun Pakcik ingin menjamu keluarganya dengan makanan yang agak lain dari kebiasaanya....Matanya yang tadi tenggelam kelam mula dipenuhi genangan air mata, diangkat mukanya memandang muka Si Penjual memberi isyarat untuk dikurangkan bilangan durian yang telah diambil....Allahu Allahu Allahu. Sayunya hanya Allah sahaja yang tahu....Raut wajah Pakcik yang tadi sayu menampakkan sedikit keceriaan apabila Si Penjual menjawab, "Takpalah Pakcik, ambil dulu esok lusa baru bayar."...Begitulah kasihnya ayah. Berhempas pulas cuba mengembirakan keluarga biar apa pun dugaannya....Semoga Allah memberikan kekuatan kepada semua ayah-ayah diluar sana menjalankan tanggungjawab mereka kepada keluarga dan semoga semua dilimpahi dengan rezeki dan rahmat yang tidak kunjung habisnya. Tweet
0 Response to "::: Kasih Ayah :::"
Post a Comment