
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki memohon bantuan orang ramai untuk mencari ibu dan anak perempuannya yang hilang sejak Khamis lalu.
Mustafa
Kamal Mat Daling, 33, yang bekerja sebagai pemotong rumput di Pejabat
Daerah Marang, berkata ibunya, Zanon Uda, 70, yang menghidap sakit tua
dan nyanyuk serta anak perempuannya, Nur Maisara, 2, disedari hilang
ketika dia pulang untuk menjemput mereka menghadiri jamuan Aidilfitri di
pejabatnya.
“Saya
pulang ke rumah tengah hari Khamis lalu untuk membawa mereka berdua ke
pejabat, namun sebaik tiba di rumah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) Marang, pintu kediaman tidak berkunci,” katanya yang ditemui di
Pejabat New Straits Times Press (NSTP), di sini, hari ini.
Beliau
berkata, mengesyaki sesuatu yang tidak elok berlaku, dia bergegas
mencari ibu dan anaknya di dalam rumah, namun tidak ditemui.
“Saya
membuat laporan berhubung kehilangan kedua-dua mereka di Balai Polis
Marang dan mengharapkan orang ramai yang mengenali atau ternampak mereka
dapat membantu mencari ibu serta anak perempuan yang tiba-tiba hilang,”
katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan ini boleh tampil ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat.
(BHONLINE)
0 Response to "Suami Minta Bantuan Cari Ibu & Anak Perempuannya..."
Post a Comment